Wayang Malaysia; Wayang Kelantan hingga Gedek
Published :

Wayang Malaysia atau wayang Kulit Malaysia adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak mitos dan khayalan dilarikan oleh seorang dalang.

Di Alam Melayu, Wayang Kulit boleh didapati dalam beberapa jenis. Antaranya termasuklah Wayang Kelantan, Wayang Melayu, Wayang Purwo dan Wayang Gedek. Persembahan wayang kulit Malaysiaakan diiringi dengan satu kumpulan musik sebagai membantu menghidupkan lagi watak-watak yang dimainkan dan menggambarkan suasana adegan-adegan yang berlaku ketika itu.

Peralatan musik yang sering digunakan dalam persembahan wayang kulit adalah Serunai (utama), Gendang Ibu, Gendang Anak, Gendombak Ibu, Gedombak Anak, Kesi, Geduk Ibu, Geduk Anak, Canang dan Gong.